Berita

Hebahan

IKLAN JAWATAN KOSONG STAF PENTADBIRAN UNISZA (BERTARAF CONTRACT OF SERVICE)

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan ini mempelawa warga UniSZA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf CONTRACT OF SERVICE sepertimana berikut:

BIL JAWATAN GRED
- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL -
1. Pengajar (Jururawat) U41
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
- KUMPULAN PELAKSANA -
3. Penolong Pegawai Pertanian G29
4. Penolong Pegawai Veterinar G29
5. Juru X-Ray U29
6. Penolong Pegawai Perubatan U29
7. Penolong Pegawai Farmasi U29
8. Penjaga Jentera Elektrik J19
9. Pembantu Keselamatan KP19
10. Pembantu Belia dan Sukan S19
11. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
12. Pembantu Awam H11
13. Pemandu Kenderaan H11
14. Pembantu Operasi N11
15. Pengawal Keselamatan KP11



Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) dan pemohon perlu mengemaskini setiap maklumat di borang permohonan pada pautan Portal e-Perjawatan UniSZA.

Pautan Iklan (PDF)

Pemohon hendaklah mencetak dan menghantar maklumat seperti berikut:
- Slip Permohonan berserta pengesahan dan ulasan KPTj
- Salinan Curriculum Vitae (CV) yang terkini
- Salinan Sijil-Sijil Akademik beserta transkrip dan Sijil-Sijil berkaitan (yang telah disahkan benar)


Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM 10.00.

Permohonan yang lengkap bolehlah dihantar ke alamat seperti berikut:
Seksyen Pelantikan Bahagian Sumber Manusia
Aras 3, Pejabat Pendaftar, UniSZA Kampus Gong Badak


Kegagalan pemohon berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak / tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian:
09 - 668 8176 - Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria
09 - 668 8824 - Puan Najihah binti Mat Yasim

Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian, sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
09 - 668 8848 - Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2024 (Rabu).


Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: aizatrazapi@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.