Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) akan menganjurkan Program Kolokium 2024: Penilaian Prestasi Berasaskan Kompetensi. Tujuan Kolokium ini adalah perkongsian bersama pakar bidang dalam mengenal pasti instrumen penilaian sedia ada, yang digunakan pakai atau yang boleh diguna pakai, menilai keberkesanan pelaksanaannya dalam menyokong inisiatif AKEPT serta merancang strategi pelaksanaan dan langkah penilaian pada masa hadapan.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh/ Hari: |
26 - 28 Ogos 2024 (Isnin - Rabu) |
Masa: |
8.30 pagi – 4.30 petang |
Tempat: |
Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dan Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak. |
Sekian dan salam hormat.