Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Assessment Competency Workshop for Teaching Excellence Siri II. Tujuan bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf akademik berkenaan konsep, kepentingan dan pelbagai jenis pentaksiran serta perbezaan penggunaan pentaksiran tradisional/konvensional dan altenatif secara komprehensif.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: | 22 - 23 September 2024 (Ahad - Isnin) |
Masa: |
8.30 pagi hingga 4.30 petang |
Tempat: |
Dewan Seminar CenTTM 1 UniSZA Kampus Gong Badak |
Penceramah: |
YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan bin Mohamad Pengarah, Bahagian Pentaksiran & Penilaian Akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 17 September 2024. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my