Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan ini mempelawa warga akademik UniSZA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf TETAP sepertimana berikut:
BIL | JAWATAN | GRED | BIDANG |
1. | Pengajar Universiti | DS51 |
|
2. | Guru Bahasa | DG41 | Bahasa Inggeris |
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui Portal e-Penjawatan UniSZA di pautan https://shorturl.at/QpSFx.
- Pautan Iklan (PDF) -
Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM 10.00.
Pemohon hendaklah mencetak dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan ke Seksyen Pelantikan, Pejabat Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak. Dokumen-dokumen sokongan adalah sepertimana berikut:
- Slip permohonan yang dilampirkan bersama-sama gambar berukuran pasport terkini;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan sijil-sijil akademik (yang telah disahkan benar); DAN
- Curiculum Vitae (CV) dari sistem ADAMX yang telah dikemaskini .
Kegagalan pemohon berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak / tidak akan diproses.
Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian:
09 - 668 8946 - Puan Nur Asidani binti Abdu Kader
09 - 668 8381 - Puan Norazila binti Kechik@Ghazali
Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian, sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
09 - 668 8848 - Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2024 (Khamis).
Sekian, terima kasih.