JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS “OCCUPATIONAL PSYCHOLOGICAL FIRST AID” ANJURAN NIOSH MALAYSIA
YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS “OCCUPATIONAL PSYCHOLOGICAL FIRST AID” ANJURAN NIOSH MALAYSIA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), sedang menjalankan Kursus Pertolongan Cemas Psikologi Pekerjaan (Occupational Psychological First Aid - OPFA) secara PERCUMA sehingga 31 Disember 2024 ini. Program percuma ini terbuka kepada 10,000 orang peserta yang terawal sahaja.
3. Objektif utama program OPFA ini adalah untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran dalam merancang dan melaksanakan intervensi kesihatan mental, membantu individu yang berada dalam tekanan dan memahami konsep kesihatan mental di tempat kerja.
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2024 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang melengkapkan kursus 2 hari tersebut.
6. NIOSH amat berbesar hati jika pihak YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat membantu mempromosi program ini dalam kalangan tenaga kerja dan pelajar di institusi YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
7. Jika institusi YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mempunyai lebih 200 peserta yang berminat untuk menyertai kursus ini, pihak kami bersedia untuk menghubungi pegawai berkenaan untuk memudahkan proses pendaftaran secara pukal.
8. Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, pihak kami boleh dihubungi di talian OPFA, NIOSH 019-2289586 atau 019-2291652.
Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu dan Akhlak"
Yang menjalankan amanah,
Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Dihantar oleh: izzuddinbadrol@unisza.edu.my