Berita

Hebahan

LEVERAGING FUTURE READY CURRICULUM (FRC) FOR EDUCATORS WORKSHOP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) akan mengadakan Leveraging Future Ready Curriculum (FRC) For Educators Workshop. Tujuan bengkel adalah bagi memperkukuh penerapan kurikulum tersedia masa hadapan yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan tenaga kerja masa depan yang sentiasa berubah, menerima ideologi baru, memupuk pemikiran kritis dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat.

 

Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:

 

Tarikh / Hari: 22 - 23 Oktober 2024 (Selasa - Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak

 

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 14 Oktober 2024 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

 

Kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                    Universiti Sultan Zainal Abidin                                                                  Bangunan CenTTM                                                                                   
UniSZA Kampus Gong Badak   

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.