Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Pengurusan Fasiliti Bangunan UniSZA kepada wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam aspek pengurusan keselamatan fasiliti bangunan dan menerangkan kaedah serta prosedur yang telah ditetapkan dan diiktirafkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan keperluan pengurusan fasiliti bangunan.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: | 17 Oktober 2024 (Khamis) |
Masa: | 8.30 Pagi - 4.30 Petang |
Tempat: |
Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak |
Penceramah: |
i) Encik Mohd Izuan bin Zairuh Jurutera Elektrik Pusat Pengurusan Harta Benda ii) Encik Zaafindi bin Zawawi Arkitek Pusat Pengurusan Harta Benda |
Tajuk Ceramah: |
Pengurusan Fasiliti Bangunan UniSZA |
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my