Dimaklumkan bahawa Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Integrity Talk kepada Staf UniSZA. Tujuan program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk membina kelompok staf UniSZA yang mempunyai ketahanan yang jitu dan teguh dalam usaha menolak segala salah laku dan masalah integriti.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Aplikasi: Secara Dalam Talian (Cisco Webex)
(https://unisza.webex.com/unisza/j.php?
MTID=mb0e5fbaafb2807ea2d043f44e5649a3d)
Penceramah: Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Hospital Sultan Zainal Abidin
Tajuk: Integrity Talk: Membina Ketahanan Dalam Diri
Sehubungan itu, semua staf di jemput untuk bersama-sama dalam program ini. Segala kerjasama daripada semua staf amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my