Berita

Hebahan

PROGRAM PENEBUSAN e-VOUCHER

Pusat Alumni merakamkan ucapan tahniah kepada para graduan sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen kali Ke-16 UniSZA.

 

Para graduan akan dibekalkan e-Voucher bernilai RM 25.00 yang boleh ditebus di Pusat Tanggungjawab (PTj) yang menyertai Program Penebusan e-Voucher graduan dengan jualan produk masing-masing iaitu Koperasi Hal Ehwal Pelajar UniSZA Terengganu Berhad (KoHEPA) dan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM).

 

Para graduan juga diberi peluang untuk berinfaq dan berwakaf melalui Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA antaranya ialah :

 

  • Infaq Tabung Anugerah Khas Kecemerlangan Alumni (AKKA)
  • Infaq Yuran Pengajian Pelajar
  • Infaq Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
  • Infaq Sara Hidup Pelajar
  • Infaq Makanan Pelajar Setiap Hari Jumaat

SELAMAT BERGRADUAT  

Dihantar oleh: nuralia@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.