Assalamualaikum Wm. Wbt.,
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Kemahiran Komunikasi Tempat Kerja kepada staf UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkukuhkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan di tempat kerja serta mempelajari teknik komunikasi untuk menangani konflik, meningkatkan kemahiran komunikasi dalam pasukan kerja. Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 27 dan 28 November 2024 (Rabu dan Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1
Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Puan Nor Jijidiana binti Azmi
Penyelaras Program Akademik,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Sekian dan salam hormat.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Ilmu dan Akhlak’
Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my