Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Penilaian Modul Kursus Asas Pengurusan Pejabat. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyemak dan menilai kandungan modul Kursus Asas Pengurusan Pejabat UniSZA dan menambahbaik kandungan bank modul latihan dan bank penceramah UniSZA bersama Pakar Rujuk.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/ Hari: 26 November 2024 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Pakar Rujuk: YBrs. Prof. Madya Dr. Habsah binti Muda Prof. Madya / Pensyarah Universiti Fakulti Perniagaan & Pengurusan UniSZA
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688509 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my