Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program K-Sharing Staf UniSZA Siri 1 dan 2. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung Pengurusan Akademik dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar serta Alumni bersama Pegawai Tadbir Gred N9.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Program K-Sharing Siri 1/2024
Tarikh / Hari : 22 Disember 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Aplikasi : Secara Dalam Talian (Cisco Webex Event)
Link: https://unisza.webex.com/unisza/j.php?MTID=md19eaa1518c6f095a8721e402861eb39
Penceramah : Puan Majedah binti Mokhtar Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik
Tajuk Ceramah : "Pengurusan Akademik UniSZA"
Program K-Sharing Siri 2/2024
Tarikh/ Hari : 23 Disember 2024 (Isnin)
Masa : 11.00 Pagi
Aplikasi : Secara Dalam Talian (Cisco Webex Event)
Link : https://unisza.webex.com/unisza/j.php?MTID=m875fcbaae9c2cba1bc7765113a2fafca
Penceramah : Encik Mazlan bin Mohammad Ketua Pentadbir Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Sehubungan itu, semua Pegawai Tadbir, Gred N9 dan ke atas dijemput untuk mengikuti sesi ceramah secara dalam talian tersebut dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex Event.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688905 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my