Berita

Hebahan

IKLAN JAWATAN KOSONG STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

IKLAN JAWATAN KOSONG STAF PENTADBIRAN UniSZA (BERTARAF TETAP/KONTRAK (CONTRACT-OF-SERVICE)) Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan ini mempelawa warga UniSZA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf TETAP/KONTRAK (CONTRACT-OF-SERVICE) sepertimana berikut:

BIL JAWATAN GRED
1. Jurutera J9
2. Juru Ukur Bahan J9
3. Pegawai Dietetik U9
4. Pegawai Kebudayaan B5
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
6. Penolong Jurutera JA5
7. Penolong Pegawai Perubatan U5
8. Pembantu Pustakawan S1
9. Pembantu Khidmat Am H1


Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) dan pemohon perlu mengemaskini setiap maklumat di borang permohonan pada pautan melalui Portal e-Penjawatan UniSZA 

- Pautan Iklan (PDF) -

Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM 10.00.

Pemohon hendaklah mencetak dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan ke Seksyen Pelantikan, Pejabat Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak. Dokumen-dokumen sokongan adalah sepertimana berikut:
- Slip permohonan beserta pengesahan dan ulasan KPTj;
- Salinan Curiculum Vitae (CV);
- Salinan sijil-sijil akademik beserta transkrip dan sijil-sijil berkaitan (yang telah disahkan benar).


Kegagalan pemohon berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak / tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian:
09 - 668 8176 - Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria
09 - 668 8824 - Puan Najihah binti Mat Yasim

Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian, sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
09 - 668 8848 - Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2024 (Rabu)


Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: nikadinanikzakaria@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.