Berita

Hebahan

BENGKEL PELAN TINDAKAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UniSZA TAHUN 2025

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)  UniSZA Tahun 2025. Tujuan bengkel ini adalah untuk menetapkan objektif dan hala tuju KIK UniSZA pada Tahun 2025, menetapkan program & aktiviti KIK UniSZA Tahun 2025 serta mengenalpasti potensi & peluang dalam membawa nama UniSZA ke peringkat yang lebih tinggi dalam KIK.

      Tarikh/ Hari:   13 Januari 2025 (Isnin)

      Masa:             8.30 Pagi - 4.30 Petang

      Tempat:          Bilik Mesyuarat CenTTM, Bangunan CenTTM                                                           UniSZA Kampus Gong Badak

Sehubungan itu, semua ahli Jawatankuasa dan kumpulan KIK yang terlibat dikehendaki hadir bagi menjayakan bengkel tersebut.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                      Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak                                                Tel : 09-6688509 / 83780

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.