Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Slide Presentation For Trainers Staf UniSZA 2025. Tujuan bengkel ini adalah untuk menambahbaik kandungan dan slide presentation dalam modul-modul Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA dan meningkatkan kemahiran dan keupayaan penceramah untuk menyediakan slide presentation yang menarik, informatif dan berkualiti.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/ Hari: 19-20 Januari 2025 (Ahad - Isnin)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 2, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: 1. Encik Ahmad Aizuddin bin Ab. Ghalib Associate Trainer, Tarbiah Kreatif 2. Encik Ts. Izzuddin bin Ismail Associate Trainer, GIG Venture
Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof. Madya/ Dr. /tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688509 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my