Berita

Hebahan

PROGRAM SINERGI STAF UniSZA SIRI 1 TAHUN 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Sinergi Staf UniSZA Siri 1 Tahun 2025. Program ini antara lain bertujuan memberi kefahaman tentang sinergi dalam memperkukuhkan organisasi dan membina kerjasama serta menyatukan idea-idea yang unggul untuk menghasilkan keputusan dan tindakan tepat. Ia juga sebahagian daripada latihan kepada kumpulan staf pelaksana university bagi mencapai keberhasilan Pelan Strategik Universiti (PSU) 2023-2030.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh/ Hari:

27 Februari 2025 (Khamis)

Masa:

8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat:

Dewan Perdana

UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:

YBrs. Dr. Mohd Shaari bin Abd. Rahman

Certified NLP Trainer

Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 16 Februari 2025 (Ahad). Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.