Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Ihya Ramadan Secara Bersemuka dan Secara Atas Talian (FB Live UniSZA) Kepada Staf UniSZA. Tujuan program ini diadakan adalah untuk kita menghayati ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam, menerapkan nilai murni dan akhlak baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah dan pemangkin kejayaan Ummah.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 23 Mac 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak (Secara Bersemuka)
Aplikasi: Secara Atas Talian (FB Live UniSZA)
Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Najihah binti Abd Wahid Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Pentadbiran) Pusat Pengajian Siswazah
Tajuk Ceramah: “Ramadan dan Aidilfitri : Meraih Keberkatan Dalam Perkhidmatan”
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput hadir untuk mengikuti sesi ceramah secara bersemuka dan atas talian dengan menggunakan aplikasi FB Live UniSZA.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my