Berita

Hebahan

Sesi Taklimat Pengurusan Penyakit Tibi, Kriteria Notifikasi Tibi dan Penggunaan Sistem Maklumat Tibi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) akan menganjurkan Sesi Taklimat Pengurusan Penyakit Tibi, Kriteria Notifikasi Tibi dan Penggunaan Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan kepada kakitangan perawatan HoSZA dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus. 

Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai pengurusan kes penyakit Tibi mengikut garis panduan serta memberi pendedahan berkenaan kriteria notifikasi wajib bagi kes Tibi dan prosedur pelaporan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Sesi taklimat ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut : 

- Tarikh/Hari    : 4 Mei 2025 / Ahad 
- Masa        : 8.30 pagi – 11:00 pagi
- Tempat    : Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Sultan Zainal Abidin

Sehubungan itu, dijemput kepada semua pegawai dan kakitangan HoSZA yang terlibat secara langsung dalam pengurusan penyakit Tibi untuk turut hadir sama ke sesi taklimat tersebut.

Sekian terima kasih.

Dihantar oleh: faaizuddinsalleh@unisza.edu.my
.