Berita

Hebahan

BENGKEL NILAI TERAS UniSZA: KESEPADUAN ILMU WAHYU SEBAGAI TERAS ILMU AKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa, YBrs. Prof. Madya/ Dr./ tuan adalah dijemput untuk menghadiri Bengkel Nilai Teras UniSZA: Kesepaduan Ilmu Wahyu Sebagai Teras Ilmu Akal.  Tujuan bengkel ini adalah untuk memahami konsep kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu akal dari perspektif tokoh ilmuwan Islam (Pro Canselor UniSZA), selaras dengan nilai ilmu dalam usaha memperteguh asas keilmuan bersepadu dan holistik yang menjadi teras kepada pembangunan insan UniSZA.

Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/Hari:  14-15 Mei 2025 (Rabu-Khamis)

Masa:            9.00 Pagi – 4.30 Petang

Tempat:        Dewan Seminar CenTTM 1

                      Pusat Pengurusan Bakat & Latihan

                      UniSZA Kampus Gong Badak

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.