Berita

Hebahan

Simposium Sumber Manusia Siri 2 (Kemudahan Perubatan, Kebajikan dan Persaraan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato' / Prof/ Dr. / Tuan / Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UniSZA akan menganjurkan Simposium Sumber Manusia Siri 2 (Kemudahan Perubatan, Kebajikan dan Persaraan). Tujuan utama simposium ini adalah memberi pendedahan serta maklumat yang tepat berkaitan pengurusan sumber manusia khususnya dalam kemudahan tersebut kepada agensi kerajaan dan badan berkanun. Simposium ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:-

Tarikh: 24 - 25 Jun 2025 (Selasa - Rabu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu

 

Penyertaan dari YBhg. Dato’/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat dialu-alukan dan diyakini akan menyumbang secara signifikan ke arah pengamalan tatacara pengurusan sumber manusia yang berkesan seperti yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.  Penyertaan dari staf UniSZA tidak akan dikenakan yuran dan akan direkodkan sebagai e-latihan.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan bolehlah menghubungi urus setia simposium di talian :-

i - Puan Noor Faidza @ Khairani binti Mohd Mokhtar (No. Tel: 09-6688968 / No.H/P: 013-938 2888)
ii - Puan Rohaida binti Ruslan (No. Tel: 09-6688371 / No.H/P: 019-494 6941)
iii - Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria (No. Tel: 09-6688176 / No. H/P: 011-6525 5339)
iv - Encik Khairul Ikhwan bin Rozi (No. Tel: 09-6687643 / No. H/P: 018-378 7336)
v - Puan Siti Rabi'atul Adawiyyah binti Ismail (No. Tel: 09-668966 / No. H/P: 013-655 8508)

 

Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan perincian simposium sepertimana berikut:

i - Brosur Program dan;
ii - QR code untuk Pendaftaran Penyertaan

 

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato’/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih.

Sekian, kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dihantar oleh: aizatrazapi@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.