Berita

Hebahan

HEBAHAN SEMAKAN MENDUDUKI PENILAIAN ONLINE BAGI PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UNISZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HEBAHAN SEMAKAN MENDUDUKI PENILAIAN ONLINE BAGI PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) SESI 1/2025


Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semakan untuk menduduki Penilaian Online bagi Permohonan Jawatan Kosong UniSZA Sesi 1/2025 kini boleh dibuat secara dalam talian mulai 18 Mei 2025 hingga 26 Mei 2025.
 

Laman Semakan: https://shorturl.at/thawr

PERHATIAN:
1.  Sila isi No Kad Pengenalan tanpa [-] untuk semakan.
2. Sila benarkan popup atau tutup sebarang popup blocker anda sekiranya pdf tidak tertera.


PERINGATAN: Calon disarankan untuk membuat semakan segera bagi mengetahui status permohonan masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada 

Urusetia:
i) 09-668 8824/8946 ATAU pp_hr@unisza.edu.my    
ii) 09-665 5555 no samb. 2829/2743 ATAU hpu_hr_pelantikan@unisza.edu.my


Teknikal:
i) 09-668 8848/8843

Peringatan penting kepada pemohon:

i) Mohon semua calon menyemak status penilaian dalam talian dengan kadar segera.

ii) Sila masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan semasa membuat permohonan dalam talian pada sistem jawatan kosong sebelum ini.

iii) Calon adalah bertanggungjawab untuk menduduki penilaian dalam talian mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

iv) Calon dinasihatkan untuk menjalani penilaian dalam talian pada awal waktu bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.

v) Tarikh, hari, dan masa penilaian dalam talian adalah muktamad, dan tiada pertukaran/penambahan tarikh dan masa dibenarkan.

vi) Kegagalan calon untuk menduduki penilaian dalam talian ini akan memberi kesan kepada proses permohonan calon bagi peringkat seterusnya.

Sekian, semoga dalam makluman.


Terima kasih.

Dihantar oleh: asidanikader@unisza.edu.my
.