Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri 2: Kepimpinan dalam Penyelidikan dan Inovasi. Program ini antara lain bertujuan membentuk pemimpin penyelidikan yang berwawasan, beretika dan inovatif melalui pendedahan kepada strategi kepimpinan, pengurusan penyelidikan berimpak serta pengkomersialan hasil penyelidikan.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh/ Hari: |
21 Mei 2025/ Rabu |
Masa: |
8.30 pagi – 4.30 petang |
Tempat: |
Ruang Pembelajaran Kolaboratif Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA Kampus Gong Badak |
Ahli Panel: |
YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abdul Razak Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) |
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 15 Mei 2025 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Dato'/Datin/Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my