Berita

Hebahan

Gangguan Sistem Telefon di UniSZA (Panggilan Masuk ke General Line UniSZA (09-668 8888 sahaja))

Gangguan Sistem Telefon di UniSZA (Panggilan Masuk ke General Line UniSZA (09-668 8888 sahaja))

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, buat masa sekarang terdapat gangguan sistem telefon di UniSZA (Panggilan Masuk Sahaja. Tidak melibatkan panggilan dalaman atau direct extension).

Gangguan ini disebabkan oleh kerja-kerja dari pihak TM dan JKR dan melibatkan keseluruhan Kuala Nerus. Perkara ini di dalam makluman dan tindakan daripada pihak kami. Tindakan segera telah diambil oleh pihak penyedia perkhidmatan bagi menangani permasalahan tersebut supaya perkhidmatan dapat digunakan semula secepat mungkin.

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang telah berlaku. Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum. 

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dihantar oleh: noraidayaacob@unisza.edu.my
.