Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Bersama Jawatankuasa Pemandu KIK UniSZA. Tujuan bengkel ini adalah untuk menetapkan objektif dan hala tuju KIK UniSZA, mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan potensi yang ada dalam konvensyen atau pertandingan KIK Peringkat Universiti Awam.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 11 Jun 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan UniSZA Kampus Gong Badak
Sehubungan dengan itu, semua Ahli Kumpulan KIK UniSZA dan AJK Pemandu KIK UniSZA dijemput untuk mengikuti bengkel tersebut.
Kerjasama YBrs. Dr. / tuan / puan dalam menjayakan bengkel ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my