Berita

Hebahan

PENCERAMAH PROGRAM BICARA KEPIMPINAN SIRI 3 BERSAMA PENASIHAT UNDANG-UNDANG UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri 3 Bersama Penasihat Undang-Undang UniSZA. Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman antara Penasihat Undang-Undang UniSZA dan peserta dari kolam berlian dan delima.

Maklumat  program adalah seperti berikut:

Tarikh/ Hari: 17 Jun 2025/ Selasa
Masa: 8.30 pagi
Tempat:

Ruang Pembelajaran Kolaboratif

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah

UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:

Encik Mohd Fuad bin Husaini

Penasihat Undang-Undang

UniSZA

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 10 Jun 2025 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Dato'/Datin/Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.