Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Penerangan Garis Panduan Pemakaian Kaedah dan Penilaian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Universiti Awam Kepada Kumpulan KIK UniSZA. Tujuan bengkel ini adalah untuk menerangkan dan penjelasan berkenaan Garis Panduan Pemakaian Kaedah dan Penilaian KIK Horizon Baharu kepada Kumpulan KIK UniSZA dan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan potensi yang ada untuk membawa nama universiti ke tahap yang lebih baik dalam Konvensyen atau pertandingan KIK.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan UniSZA Kampus Gong Badak
Sehubungan dengan itu, semua Ahli Kumpulan KIK UniSZA dan AJK Pemandu KIK UniSZA dijemput untuk mengikuti bengkel tersebut.
Kerjasama YBrs. Dr. / tuan / puan dalam menjayakan bengkel ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my