Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program K-Sharing Staf UniSZA Siri 5/2025: Pengurusan Unit Integriti UniSZA. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung Pengurusan Unit Integriti UniSZA bersama Warga UniSZA secara dalam talian.
Maklumat program sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Julai 2025 / Isnin
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Secara dalam talian (Aplikasi Cisco Webex)
Link: https://tinyurl.com/4aueykee
Penceramah: Encik Mohd Ali bin Hashim
Ketua Unit Integriti
Pejabat Naib Canselor
Tajuk: Pengurusan Unit Integriti
Sehubungan itu, semua staf dijemput untuk menyertai program tersebut.
Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Segala kerjasama amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.