PELAKSANAAN PEMAKAIAN SISTEM ePEROLEHAN@UniSZA (eP@UniSZA) BAGI KAEDAH PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
SURAT EDARAN PEJABAT BENDAHARI: PELAKSANAAN PEMAKAIAN SISTEM ePEROLEHAN@UniSZA (eP@UniSZA) BAGI KAEDAH PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari akan beralih kepada platform perolehan secara atas talian melalui Sistem ePerolehan@UniSZA (eP@UniSZA). Penggunaan bagi sistem (modul pendaftaran pembekal dan pembelian terus) adalah bermula pada 15 Julai 2025 (Selasa) bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di UniSZA.
- Sehubungan itu, semua PTj adalah dikehendaki untuk menggunakan sistem eP@UniSZA bagi semua perolehan kaedah pembelian terus. Perolehan kaedah pembelian terus merupakan perolehan yang melibatkan nilaian berjumlah kurang daripada RM50,000 bagi sesuatu perolehan/kontrak/jenis item.
- Selain itu juga, YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menghebahkan perkara ini kepada semua pembekal/syarikat yang sering melaksanakan perolehan dengan PTj YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan bagi memastikan proses perolehan pembelian terus di PTj berjalan lancar.
- Kerjasama YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memanjangkan arahan ini kepada semua pihak yang terlibat. Dilampirkan bersama ini adalah manual penggunaan sistem eP@UniSZA bagi modul berkaitan untuk rujukan lanjut pihak YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Bendahari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Dihantar oleh: amarinamustafa@unisza.edu.my