PELAKSANAAN PEMAKAIAN SISTEM ePEROLEHAN@UniSZA (eP@UniSZA) BAGI KAEDAH PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari akan beralih kepada platform perolehan secara atas talian melalui Sistem ePerolehan@UniSZA (eP@UniSZA). Penggunaan bagi sistem (modul pendaftaran pembekal dan pembelian terus) adalah bermula pada 15 Julai 2025 (Selasa) bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di UniSZA.
Sehubungan itu, semua PTj adalah dikehendaki untuk menggunakan sistem eP@UniSZA bagi semua perolehan kaedah pembelian terus. Perolehan kaedah pembelian terus merupakan perolehan yang melibatkan nilaian berjumlah kurang daripada RM50,000 bagi sesuatu perolehan/kontrak/jenis item.
Selain itu juga, YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menghebahkan perkara ini kepada semua pembekal/syarikat yang sering melaksanakan perolehan dengan PTj YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan bagi memastikan proses perolehan pembelian terus di PTj berjalan lancar.
Kerjasama YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memanjangkan arahan ini kepada semua pihak yang terlibat. Dilampirkan bersama ini adalah manual penggunaan sistem eP@UniSZA bagi modul berkaitan untuk rujukan lanjut pihak YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Bendahari
Universiti Sultan Zainal