Berita

Hebahan

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH STAF UniSZA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah Staf UniSZA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memahami kaedah mengendalikan kenderaan jabatan dengan sempurna dan mengesan kerosakan kecil kenderaan semasa membuat pemeriksaan awal sebelum menggerakkan kenderaan, mengurus dan mengendalikan buku log kenderaan dengan sempurna mengikut tatacara yang diarahkan serta etika pemanduan selamat.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh/Hari  :  30-31 Julai 2025 (Rabu-Khamis)

Tempat        :  Dewan Seminar CenTTM 1,  Bangunan CenTTM                                             UniSZA Kampus Gong Badak

Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Sekiranya terdapat peserta yang tidak menghadiri kursus tersebut tanpa alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan kepada Pejabat CenTTM mengenai ketidakhadiran tuan/puan ke kursus tersebut, tuan/puan boleh dikenakan tindakan sepertimana Pekeliling Pendaftar Bil.2/2014.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.