Berita

Hebahan

BICARA KEPIMPINAN SIRI 4: BUAL BICARA KEWANGAN 'BENDAHARI UniSZA BERSAMA KETUA DAN TIMBALAN PTj'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri 4: Bual Bicara Kewangan 'Bendahari UniSZA bersama Ketua dan Timbalan PTj'. Program ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran kepimpinan tentang strategi pengurusan sumber yang efektif dan lestari disamping memperkukuhkan peranan Ketua & Timbalan PTj dalam membuat keputusan kewangan dan pengurusan berdasarkan nilai dan keperluan sebenar.

Maklumat program adalah seperti mana berikut:

Tarikh/ Hari: 6 Ogos 2025/ Rabu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Encik Suhaili bin Mohd, Bendahari UniSZA

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 20 Julai 2025 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Datin/Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.