Berita

Hebahan

KURSUS HANDS-ON WITH CHATGPT AND AI ASSISTANTS STAF PENTADBIRAN UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Hands-On With ChatGPT And AI Assistants Staf Pentadbiran UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi generative AI Assistants (AI) dan langkah-langkah kejuruteraan promt dalam menggunakan ChatGPT dengan efisyen serta membolehkan peserta kursus menjana teks, idea, draf dokumen, laporan dan banyak lagi dalam masa yang singkat.

Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 12 OGOS 2025/ SELASA
MASA: 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT:

DEWAN SEMINAR CenTTM 1, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK

PENCERAMAH: PROF. MADYA DR. AZWA BIN ABDUL AZIZ                    KETUA KLUSTER PENYELIDIKAN                                      PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR  (PENYELIDIKAN & INOVASI) UniSZA

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 30 Julai 2025 (Rabu). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.