Berita

Hebahan

KURSUS SETIAUSAHA AWESOME STAF UniSZA 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Setiausaha Awesome Staf UniSZA 2025. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah yang lebih efisyen dalam mengendalikan hubungan profesional dan juga meningkatkan imej serta penampilan, gaya komunikasi serta menerapkan etika yang sesuai dengan persekitaran perkhidmatan seorang setiausaha pejabat.

Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 12 OGOS 2025/ SELASA
MASA: 11.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEMINAR CenTTM 2, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM)                UniSZA KAMPUS GONG BADAK
PENCERAMAH:

ENCIK MOHAMAD MUHAYMEIN AHMED ZAWAWI    GURU BAHASA                                                       FAKULTI PENGAJIAN UMUM DAN PENDIDIKAN LANJUTAN (FUPL) UniSZA

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.