Berita

Hebahan

PROGRAM K-SHARING STAF UniSZA SIRI 6/2025: PENGURUSAN SPaRQM UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program K-Sharing Staf UniSZA Siri 6/2025: Pengurusan Pusat Perancangan Strategik, Risiko dan Pengurusan Kualiti (SPaRQM) UniSZA. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung Pengurusan SPaRQM bersama Warga UniSZA.

Maklumat program sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari: 10 September 2025/ Rabu
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Secara dalam talian (Aplikasi Cisco Webex)
Link:  https://tinyurl.com/4jxmzxsn
Penceramah:

Encik Mohd Faizal bin Ibrahin

Timbalan Pengarah (Penarafan & Perancangan Strategik, SPaRQM

Tajuk:

Pengurusan SPaRQM UniSZA

Sehubungan itu, semua staf dijemput untuk menyertai program tersebut.

Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Segala kerjasama amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.