Berita

Hebahan

PROGRAM BeSTARI TIER 2 (KHAS) UniSZA 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) akan mengadakan Program BeSTARI Tier 2 (Khas) [Bench Strength Talent Assessment and Reporting Initiative] UniSZA 2025 bagi mengenal pasti, menilai dan memprofilkan bakat kepimpinan dalam kalangan pegawai akademik dan pentadbiran untuk mengisi peranan kepimpinan strategik pada masa hadapan. Pendekatan ini menyokong agenda pemerkasaan bakat JAUHAR dan pelan penggantian kepimpinan universiti secara sistematik.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

TARIKH/ HARI: 23-25 SEPTEMBER 2025/ SELASA-KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: FELDA HOTEL, KUALA TERENGGANU
   

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Mohd Rasyidin bin Ismail, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 012-9089381.

Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya/ Dr. / tuan/ puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.