Berita

Hebahan

SEMINAR ON IMPORTANCE OF CONSENT AND VULNERABILITY IN HUMAN RESEARCH ETHICS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SEMINAR ON IMPORTANCE OF CONSENT AND VULNERABILITY IN HUMAN RESEARCH ETHICS

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia UniSZA (UHREC) akan mengadakan ‘Seminar on Importance of Consent and Vulnerability in Human Research Ethics’.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik dan juga pelajar UniSZA berkenaan konsep ‘consent’ dan ‘vulnerability’ dalam penyelidikan. Ia juga bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian bagi memahami pendekatan terbaik dalam menghasilkan penyelidikan yang lebih berkualiti, beretika dan berimpak tinggi. Maklumat program adalah sepertimana berikut:-

Tarikh

:

25 September 2025 (Khamis)

Masa

:

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Medium

:

Secara dalam talian (Aplikasi Cisco Webex) -https://tinyurl.com/UHRECseminar

atau rujuk Kod QR pautan seminar di poster dan lampiran

Penceramah

:

YBrs. Prof. Madya Dr. Aimi Nadia binti Mohd Yusof

Ketua Jabatan Etika & Undang-Undang Perubatan

Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Sehubungan itu, pihak UHREC menjemput SEMUA STAF DAN PELAJAR UniSZA untuk menyertai seminar tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat UHREC, En. Wan Rohafiz Wan Endut atau Pn. Baheyah Sanat di talian 09-8198703/8309.

Sekian, segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dihantar oleh: uhrec@unisza.edu.my
.