Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Leadership When Woman Talk Siri 3: “Kuasa Lembut, Impak Besar: Transformasi Kepimpinan Wanita”. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepimpinan berasaskan kuasa lembut, meningkatkan kesedaran terhadap impaknya dalam transformasi organisasi, serta mencetus inspirasi membina legasi kepimpinan berdaya tahan dan berimpak tinggi.
Maklumat program sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 28 September 2025/ Ahad
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Puan Hajah Nor Azizah binti Ismail, Felo Kanan Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Surat jemputan telah diedarkan kepada peserta yang terlibat pada 22 September 2025 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my