Berita

Hebahan

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF & KREATIF HORIZON BAHARU BERSAMA JAWATANKUASA PEMANDU KUMPULAN KIK UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bersama Jawatankuasa Pemandu Kumpulan KIK UniSZA Siri 4/2025 . Bengkel ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap penyediaan projek KIK UniSZA dan membuat persediaan dokumentasi projek Kumpulan KIK UniSZA mengikut kriteria dan format yang ditetapkan bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Universiti Awam (UA) Tahun 2026.

Maklumat program adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 23 OKTOBER 2025/ KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEMINAR CenTTM 1, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM)      UniSZA KAMPUS GONG BADAK
PENCERAMAH: JAWATANKUASA PEMANDU KUMPULAN KIK UniSZA

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.