???? TAKLIMAT APEL A
Peluang Pengajian ke Program Pra dan Pascasiswazah di UniSZA melalui Kemasukan APEL A
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada individu berpengalaman kerja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Pra dan Pascasiswazah melalui laluan Accreditation of Prior Experiential Learning for Access (APEL A).
Melalui mekanisme ini, calon yang tidak memiliki kelayakan akademik formal tetapi mempunyai pengalaman kerja relevan berpeluang untuk diterima masuk ke universiti. Calon perlu melalui proses saringan kelayakan di peringkat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terlebih dahulu, dan setelah memperoleh Sijil APEL daripada MQA, barulah boleh memohon mana-mana program pengajian yang sesuai di UniSZA.
Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan tentang prosedur permohonan, faedah laluan APEL A, dan kelebihan menyambung pengajian di UniSZA.
Sertai kami untuk mengetahui bagaimana pengalaman anda boleh menjadi tiket ke program yang ada di UniSZA dan membuka ruang baharu dalam kerjaya profesional!