Berita

Hebahan

IKLAN JAWATAN KOSONG STAF AKADEMIK UniSZA (TETAP)

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

IKLAN JAWATAN KOSONG STAF AKADEMIK UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan ini mempelawa warga UniSZA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP seperti berikut:

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JAWATAN GRED TARAF LANTIKAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
Pensyarah Universiti DS13 Tetap Pendidikan RM 6,210.00 RM 14,370.00

 

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
Jadual Gaji :
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kenaikan Gaji Tahunan
13 RM 6,210.00 RM 14,370.00 RM 290.00


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sepertimana berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Kelayakan : Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan;
  Gaji Permulaan : DS13 : RM 6,210.00
  DAN    
  Syarat Lantikan Tambahan : mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan artikel jurnal indeks Scopus/WOS/ERA (Penulis Utama) dan;

mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh sekurang-kurangnya satu (1) hingga tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2022, 2023, 2024);

Ijazah pertama sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dan ke atas;

lulus Ujian Kompetensi yang telah ditetapkan oleh pihak UniSZA;

memiliki pengalaman dalam bidang pentadbiran merupakan satu kelebihan;

membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
  Syarat Bahasa Melayu : Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

1. Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian (on-line) melalui : Portal e-Perjawatan UniSZA di pautan https://shorturl.at/QpSFx
2. Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM 10.00.
3. Pemohon hendaklah mencetak dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan ke Seksyen Pelantikan, Pejabat Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak. Dokumen-dokumen sokongan adalah sepertimana berikut:
  a. Slip permohonan yang dilampirkan bersama-sama gambar berukuran pasport terkini beserta pengesahan KPTj;
  b. Salinan Kad Pengenalan (yang telah disahkan benar);
  c. Salinan Sijil-sijil Akademik (beserta transkrip) / Sijil-sijil berkaitan (yang telah disahkan benar);
  d. Curiculum Vitae (CV) dari sistem ADAM X yang telah dikemaskini;
  e. Maklumat Penerbitan dan Penyelidikan (rujuk Format di Lampiran 1);
  f. Maklumat Amanah Kesarjanaan Pengajaran (AKP), (rujuk Format di Lampiran 2); DAN
  g. Sumbangan sepanjang perkhidmatan (rujuk Format di Lampiran 3)
4. Kegagalan pemohon berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak/ tidak akan diproses.
5. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
6. Tarikh permohonan adalah pada 16 November 2025 (Ahad) hingga 20 November 2025 (Khamis).



Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian:
i) 09-819 8946 - Puan Nur Asidani binti Abdu Kader
ii) 09-819 8381 - Puan Norazila binti Kechik@Ghazali


Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
i) 09-819 8848 - Puan Sharifah Noorfaradhila binti Syed Alwi

Fail : UniSZA.500-3/1/1 Jld. 2 (16)
Bertarikh : 16 September 2025

Dihantar oleh: asidanikader@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.