Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri 5: Perkongsian Pengalaman dan Ilmu Bersama Kumpulan UniSZA Ke Brunel University Of London. Program ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan refleksi kepimpinan berdasarkan pengalaman global UniSZA disamping berkongsi amalan terbaik serta nilai kepimpinan global yang releven untuk diterapkan dalam konteks pengurusan dan tadbir urus universiti.
Maklumat program adalah seperti mana berikut:
Tarikh/ Hari: 18 November 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 6 November 2025 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Datin/Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my