Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Program Transformasi Minda (PTM) Staf UniSZA Tahun 2025 bagi tujuan pengesahan jawatan staf lantikan tetap dalam perkhidmatan awam di UniSZA.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh / Hari : 23-27 November 2025 (Ahad-Khamis)
Tempat : Dewan Seminar Pusat Latihan Felda Kerteh, Dungun Terengganu Darul Iman.
Sehubungan dengan itu, surat peserta yang terlibat telah diedarkan ke Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing pada 27 Oktober 2025 (Isnin). Kehadiran adalah diwajibkan. Sila hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM untuk sebarang pertanyaan dan makluman di talian 019-9631663.
Kerjasama dan komitmen YBrs. Dr./tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 011-65167994 (Pn. Yusmabaizura Abdullah)
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my