Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA : Teknologi Dalam Pengurusan Pejabat. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami peranan teknologi dalam memodenkan pengurusan pejabat, menguasai penggunaan perisian pengurusan pejabat seperti Microsoft Office 365, Google Workspace dan aplikasi lain serta mempelajari teknik automasi tugas rutin untuk meningkatkan kecekapan kerja dalam mengurus dokumen digital secara berkesan.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 19 NOVEMBER 2025/ RABU |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
PROF. MADYA DR. SUHAILAN BIN SAFEI PENSYARAH UNIVERSITI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK) UnISZA KAMPUS BESUT |
Surat jemputan telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terlibat pada 16 November 2025 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my