Berita

Hebahan

PROGRAM LEADERSHIP WHEN WOMAN TALK SIRI 4: TIPS WANITA PROFESIONAL MENCARI BARAKAH DALAM KERJAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Leadership When Woman Talk Siri 4: Tips Wanita Profesional Mencari Barakah Dalam Kerjaya. Program ini antara lain bertujuan untuk membentuk kefahaman tentang konsep barakah dalam pekerjaan bagaimana kejujuran, amanah dan niat yang betul membawa rezeki yang berkat.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh/ Hari    :   27 November 2025/ Khamis

Masa:   8.30 pagi

Tempat:   Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:   YBrs. Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar, Pensyarah Universiti (Profesor Madya)/ Felo Penyelidik, INSPIRE

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.