Berita

Hebahan

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI PROJEK KIK UniSZA 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumentasi Projek KIK UniSZA 2025. Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan dan tips dalam penyediaan dokumen dan slide presentation projek KIK Horizon Baharu yang berkualiti serta mengikut kriteria dan format yang telah ditetapkan.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

TARIKH/ HARI: 4 DISEMBER 2025/ KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEMINAR CenTTM 1, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM)      UniSZA KAMPUS GONG BADAK
PENCERAMAH: YBRS. DR. NOORHISHAM BIN MOHD ALWI
NH STRATEGIC RESOURCES

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.