Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA : Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami tujuan, kepentingan dan kompenan dalam pengurusan mesyuarat, membangunkan kemahiran dalam menguruskan mesyuarat yang efektif dan menerapkan kemahiran menulis minit yang jelas, ringkas dan tepat.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 7 DISEMBER 2025/ AHAD |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
a) PUAN WAN MAZRINA BINTI WAN MANSOR PENOLONG PENDAFTAR KANAN PUSAT PERANCANGAN STRATEGIK, RISIKO DAN PENGURUSAN KUALITI |
Surat jemputan telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terlibat pada 1 Disember 2025 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 011-65167994
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my