Assalamualaikum wrm. wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato’/Prof. Dr./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JADUAL PEMBAYARAN EMOLUMEN BULANAN BAGI TAHUN 2026
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026 telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 42/2025 pada 17 November 2025.
3. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Pembayaran Emolumen Bulanan Tahun 2026 untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/Prof. Dr./Prof. Madya/Dr./tuan/puan. Walau bagaimanapun, tarikh-tarikh pembayaran emolumen tersebut tertakluk kepada sebarang perubahan atau pindaan.
4. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama pihak YBhg. Prof. Dato’/Prof. Dr./Prof. Madya/Dr./tuan/puan untuk memanjangkan perkara di atas kepada kakitangan dibawah seliaan YBhg. Prof. Dato’/Prof. Dr./Prof. Madya/Dr./tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Seksyen Kewangan Staf
Pejabat Bendahari