Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Pra Persaraan Staf UniSZA Tahun 2025. Program ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan peserta terhadap perubahan gaya hidup, peranan sosial dan tanggungjawab selepas bersara.
Maklumat kursus adalah sepertimana berikut:
Tarikh/ Hari: 15 Disember 2025 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Encik Fauzan bin Kamari, Pengurus/ Penceramah Utama, Creative Integration Resources
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel & despatch kepada peserta yang terlibat pada 30 November 2025 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my