Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA : Penulisan Kertas Cadangan. Tujuan kursus ini adalah untuk menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti dan memenuhi keperluan universiti, mengaplikasikan teknik penulisan kertas cadangan yang berkualiti serta meningkatkan kemahiran pembentangan kertas cadangan yang profesional.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 14 DISEMBER 2025/ AHAD |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
a) ENCIK IDRIS BIN JAMALLUDDIN@JAMALUDDIN TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH b) ENCIK NAJMUDDIN BIN MOHAMED SARAWI PENOLONG PENDAFTAR KANAN FAKULTI REKA BENTUK INOVATIF & TEKNOLOGI |
Surat jemputan telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terlibat pada 8 Disember 2025 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 011-65167994
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my