Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program K-Sharing Staf UniSZA Siri 10/2025: Pengurusan Alumni. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung Pengurusan Alumni bersama Warga UniSZA.
Maklumat program adalah sepertimana berikut:
Tarikh/ Hari: 16 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 Pagi - 11.00 pagi
Aplikasi: Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)
Link: https://tinyurl.com/mr2443sy
Penceramah: Encik Rusdi bin Muda, Timbalan Pengarah, Pusat Alumni UniSZA
Tajuk: Pengurusan Alumni
Sehubungan itu, semua staf dijemput untuk menyertai program tersebut.
Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my